1 liter air
100g cendawan Shitake & cendawan tiram
250g ikan bilis
125 ml sos ikan
4 sudu kecil tepung jagung
1 sup bunjut Adabi
2 biji telur
Lada sulah dan garam secukup rasa
Cara :
Cendawan shitake direndam dengan sedikit air panas sehingga lembut. Potong/recik kedua jenis cendawan.
Didihkan air dan masukkan ikan bilis dan dididih selama ½ jam.
Keluarkan ikan bilis tersebut dididihkan semula kemudian masukkan pula cendawan dan sos ikan dan biarkan mendidih sekali lagi baru masukkan sup bunjut, lada sulah dan garam.
Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air dan juga telur yang telah dikacau sedikit.Kacau perlahan-lahan, masukkan hirisan daun bawang dan daun sup.