Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Sunday, April 20, 2008

Spaghetti Sihat

Hehe...what a name.....I just love pasta for its versatility. You could churn up just about any dishes with pasta. This one is delicious yet healthy.





Bahan-bahan ( 4 orang )


500 gram spaghetti (sepeket)
300 gram isi ayam, dipotong dadu (boleh tambah jika suka)
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 biji lada benggala (capsicum) merah - didadu
1 batang carrot – didadu
½ tin cendawan butang – dihiris ikut suka (boleh juga guna cendawan tiram)
2 biji tomato segar – dipotong enam
100 gram daun parsley segar – dihiris halus bahagian daun sahaja, macam buat kerabu
2 sudu besar lada hitam serbuk (yang kasar-kasar)
½ sudu teh herba oregano kering (jika suka)
Perahan ½ biji lemon atau 2 sudu besar cuka apel (cider vinegar)
1 kiub stok ayam
1 cawan minyak zaitun
Garam secukupnya


Cara-cara :

Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.
Masukkan daging ayam, kacau hingga nampak kesemua daging ayam telah masak.
Masukkan capsicum, carrot dan cendawan dan tomato. Kacau rata.
Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau sebentar dan tutup api.
Ambil spaghetti yang telah direbus tadi, masukkan dalam kuali yang dimasak ayam tadi (masih panas). Toskan hingga rata.
Masukkan perahan lemon atau cider vinegar, dan toskan spaghetti lagi. Perasakan garamnya, jika kurang masin, taburkan sedikit garam dan toskan lagi. Jika suka pedas, boleh tambah chilli flakes atau lebihkan lada hitam.
Mesti dihidang terus, panas-panas.
Tips : Minyak zaitun yang digunakan agak banyak kerana ia menjadi base sauce yang menyalut spaghetti. Minyak ini menyihatkan kerana ianya monounsaturated, dan baunya juga lebih harum.

Botham Burger

I saw Jamie Oliver made this on telly and was really determined to try it. It was really easy though I recommend buying prepared minced meat if you don't wanna mess with the food processsor and a whole lot of red, bloody meat in the kitchen. The result was really tasty, a breakaway from the bland taste of commercially produced burgers.





Bahan-bahan ( 4 orang )

500 gm daging kisar
1 biji bawang besar merah dicincang
1 biji telur saiz besar
1-2 genggam serbuk roti (breadcrumbs)
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
secubit serbuk jintan manis
1 sudu kecil mustard (Dijon atau American)
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya


Cara-cara :
Campur dan gaul semua bahan-bahan. Gunakan breadcrumbs untuk "bind" adunan.
Bahagi empat dan bentukkan menjadi bebola daging burger mengikut citarasa. Lebih elok buat kecil-kecil.
Gunakan baking paper sebagai alas, tabur breadcrumbs dan letak daging burger sebelum menggoreng.
Goreng atas kuali leper menggunakan sedikit minyak hingga garing.
Hidang dengan bun burger dan sos serta cheese jika suka.

Saturday, February 2, 2008

Pesto Asiana

Yummy yet different...perfect for adventurous tastebuds! It really tastes great, try it!



Bahan-bahan :

Sos Pesto :
Daun ketumbar – anggaran RM2-RM3 (a bunch)
3 – 4 ulas bawang putih
100-200g kacang gajus (cashew nuts) – panggang (toast) keperangan
1 cawan minyak zaitun atau lebih
1 kiub pati stok ayam (boleh juga ganti dengan 2 sudu liquid chicken stock) - optional
Sedikit parutan keju parmesan – optional
Pasta pilihan direbus mengikut packet instructions (saya suka pakai spaghetti, fettucini atau penne)

Cara-cara :
Buat sos dulu : Dengan menggunakan food processor atau blender, kisar daun ketumbar, kacang gajus, bawang putih dan kiub ayam (jika suka). Kemudian masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit hingga membentuk emulsi dan bersos. Tambah minyak zaitun jika nampak sos terlampau pekat.
Tuang ke dalam bekas yang boleh ditutup kedap udara kerana lebihan sos boleh disimpan dalam peti sejuk up to seminggu.
Untuk menghidang : Toskan pasta yang direbus tadi ke dalam mangkuk/pinggan hidang. Campurkan 2 sudu besar sos pesto -kalau suka lebih sos, tuangla banyak-banyak :-)
Gaulkan rata dengan pasta yang masih panas, kemudian taburkan parutan keju parmesan (jika suka). Siap untuk dihidang, makan panas-panas. Selamat mencuba!
NOTA 1 : Resipi Italian asal guna fresh basil dan pine nuts. Jika anda ada bahan-bahan tu boleh juga cuba pakai, cara buat sama saja
NOTA 2 : Sos memang kaler hijau, tapi rasanya sedap. Perfect untuk anda yang inginkan kelainan!

Easy Pasta Bake

A creative dish, you can omit and add any veggies you like coz the basic 1-2-3 remains the same : pasta-meat sauce-white sauce. Another hit on MR too. I've made this countless time already as my daughter and the whole family love it so much...


Bahan-bahan :
500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin cendawan butang - dihiris
1 biji lada benggala - didadu
1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
1 batang carrot – didadu
1 batang celery – didadu
1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan sos putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
Secubit lada hitam dan garam secukup rasa
Cara-cara :

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

Spaghetti Bolognese

This one is a classic, my fav recipe, originally from Good Housekeeping mag (can't remmeber which year), an authentic Italian Bolognese recipe. This is actually how the Italians cook Spaghetti Bolognese. Have also posted this on MR, quite a hit too...


Bahan-bahan :

500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang

NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.

NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara :

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!


Monday, December 10, 2007

Eggplant Parmigiana

This was a dish I made when I wanted to use up leftover bolognese tomato sauce. Very tasty as I've always loved eggplant!





Bahan-bahan :

1-2 cawan sos Bolognese
2 biji terung bulat (eggplant)
Parutan keju Mozzarella
* Saya guna leftover sos bolognese seperti dalam resipi Spaghetti Bolognese saya. Boleh juga beli sos yang dah siap seperti Prego etc


Cara-caranya :
Potong terung bulat nipis-nipis dan goreng hingga keperangan dan naik bau.
Susun terung dalam bekas tahan panas (oven) dan kemudian ratakan satu lapisan sos tomato. Teruskan melapis hingga semua terung dan sos habis.
Akhir sekali, taburkan keju mozzarella dan bakar dalam oven 180 darjah Celcius hingga keju cair dan keperangan. Hidang panas-panas.

Chicken Pot Pie

Another experiment with a classic American pie. When making this my thoughts were always with the best Pot Pie I've ever tasted, the one offered in Kenny Rogers Restaurant way back in the '90s. Enjoyed it when I was in the Matriculation Center at Lembah Pantai...I wonder why they took it off the menu, coz it's so darn delicious! This attempt was not bad at all, but nothing compares to the one I ate at Kenny Rogers before...



Bahan-bahan :

500 gm daging ayam bahagian dada – dipotong kiub/dadu
1 cawan stok ayam (boleh guna kiub ayam hancurkan dalam air)
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
1 1/2 cawam susu segar
3 sudu besar butter
1 ulas bawang besar kuning - cincang
1 cawan celery - cincang
1/3 cawan tepung gandum serbaguna
2 cawan mixed vegetables (yang frozen tu, tapi defrost dulu)
1 sudu besar parsley cincang
1/2 sudu kecil herba thyme kering
Sekeping readymade shortcrust pastry untuk kulit pie (saiz Pyrex 9 inci) - ada jual di pasaraya
Sebiji telur - dipukul sedikit

Cara-caranya:

Campurkan daging ayam, stok ayam, garam dan lada hitam dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kecilkan api bila mendidih. Tutup dan renih hingga ayam masak (dalam 10-20 minit). Keluarkan dari periuk, masuk dalam mangkuk besar. Masukkan susu ke dalam campuran ayam dan stok tadi.
Dalam periuk yang sama, cairkan butter, masukkan bawang dan celery. Goreng selama 3 minit. Bila bawang dah layu, masukkan tepung gandum, kacau. Kemudian masukkan campuran stok ayam dan susu tadi sedikit demi sedikit. Renihkan, kacau sekali sekala hingga pekat dan mendidih.

Masukkan frozen veggies, parsley dan thyme, kacau. Bila dah naik bau, tutup api dan tuang ke dalam mangkuk pie Pyrex atau bekas tahan panas (loyang pun boleh).
Panaskan oven 200 darjah Celcius.
Canai shortcrust pastri atas permukaan yang ditabur sedikit tepung. Canai biar 1 inci lebih dari mangkuk pie. Tebuk lubang pada kulit pie guna garfu (cucuk je).
Letak pastri atas mangkuk pie. Tekan tepi-tepi mengikut bentuk keliling mangkuk pie. Potong lebihan pastri. Kumpul lebihan pastri tu, canai balik dan potong bentuk ikut suka dan susun atas kulit pie.
Sapukan telur atas kulit pie. Bakar dalam oven selama 30 minit atau sehingga kulit pie dah golden colour dan inti dah bubbling (menggelegak). Keluarkan dari oven, sejukkan 10 minit, bolehlah dihidang.