Sunday, April 20, 2008

Botham Burger

I saw Jamie Oliver made this on telly and was really determined to try it. It was really easy though I recommend buying prepared minced meat if you don't wanna mess with the food processsor and a whole lot of red, bloody meat in the kitchen. The result was really tasty, a breakaway from the bland taste of commercially produced burgers.





Bahan-bahan ( 4 orang )

500 gm daging kisar
1 biji bawang besar merah dicincang
1 biji telur saiz besar
1-2 genggam serbuk roti (breadcrumbs)
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
secubit serbuk jintan manis
1 sudu kecil mustard (Dijon atau American)
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya


Cara-cara :
Campur dan gaul semua bahan-bahan. Gunakan breadcrumbs untuk "bind" adunan.
Bahagi empat dan bentukkan menjadi bebola daging burger mengikut citarasa. Lebih elok buat kecil-kecil.
Gunakan baking paper sebagai alas, tabur breadcrumbs dan letak daging burger sebelum menggoreng.
Goreng atas kuali leper menggunakan sedikit minyak hingga garing.
Hidang dengan bun burger dan sos serta cheese jika suka.

Chocolate Orange Cheesecake

I loooove cheesecake! Seldom made 'em coz I ended up eating 90% of the cake coz hubby and kids are not really crazy about dessert or cake for that matter. From experience, cheesecake is so easy to make. A tad expensive, yes, but totally worth it. This one is from my entry in MR, enjoy!


Kek Keju Coklat Beroren (baked)



Bahan-bahan ( Saiz kek 22 cm )

KULIT
150g biskut digestive
90g mentega, dicairkan
INTI
120g coklat gelap - suhu bilik
125ml krim (whipping cream atau fresh cream)
500g keju krim (saya pakai 2 kotak Philadelphia creamcheese) – suhu bilik
180g gula halus (castor sugar)
2 sudu teh parutan kulit oren
Secubit garam
3 biji telur
1 sudu besar jus oren

Cara-cara :
Griskan acuan springform (loyang cheesecake) berukuran 22 cm dengan sedikit mentega. Panaskan oven pada 160 darjah Celcius.
Hancurkan biskut (gambar tu brand yg I gunakan) hingga menyerupai serbuk roti, kemudian masukkan butter cair, kacau rata (sy guna food processor, blitz 2-3 kali, masuk butter cair n blitz lagi sampai rata).
Tekan kulit biskut ke dalam loyang sampai padat (macam dalam gambar nih). Masukkan dalam peti sejuk sementara menyediakan inti.
Cairkan coklat samada menggunakan cara double boiler ( dalam mangkuk atas periuk berisi air mendidih dimasak guna api kecil) atau pakai microwave. Jika guna microwave, anggaran 1-2 minit, mesti jenguk selalu takut hangus. Keluarkan dan campur sedikit butter untuk bantu coklat tu cair.
Bila coklat dah cair, masukkan krim, kacau hingga sebati. Ketepikan hingga sejuk.
Pukul keju krim hingga lembut dan gebu. Masukkan gula, kulit oren dan garam, pukul sebati. Masukkan pula adunan coklat sikit demi sikit, akhir sekali masuk jus oren, pukul rata.
Tuang adunan inti ke dalam acuan yang berisi kulit kek yang dah disejukkan tadi. Bakar dalam oven selama 50-60 minit sehingga bahagian tengahnya agak keras tapi masih bergoyang (wobbly).
Tutup api oven, dan biarkan sejuk di dalamnya dengan pintu oven terbuka sedikit. Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk selama dua jam atau semalaman (for best results).

TIPS 1 : Resepi asal kata kena pakai ‘coklat gelap’. I hentam pakai cooking chocolate Vochelle je, bila siap I rasa terlebih manis, walaupun gula dah ikut sukatan. So, moral of the story, ‘coklat gelap’ tu bukan le cooking/baking chocolate yang biasa didapati di supermarket kita ni. Mesti jenis bittersweet yang ada at least 70% cocoa solids. If nak pakai jugak cooking chocolate biasa, saya sarankan kurangkan sukatan gula kepada 150-160 gram sahaja sebab cooking chocolate tu agak manis.

TIPS 2 : Hasil cubaan kali ni agak lembik (terlebih creamy) sebabnya I sayang nak buang whipping cream (sekotak 200ml, resepi cuma perlukan 125ml je), so I masuk semua hehe...again, moral of the story, kena ikut sukatan resepi betul-betul ya puan-puan…:-)

TIPS 3 : Kalau pakai loyang kecil, boleh cuba separuh sahaja sukatan bahan dalam resipi ini.

Saturday, February 2, 2008

Pesto Asiana

Yummy yet different...perfect for adventurous tastebuds! It really tastes great, try it!



Bahan-bahan :

Sos Pesto :
Daun ketumbar – anggaran RM2-RM3 (a bunch)
3 – 4 ulas bawang putih
100-200g kacang gajus (cashew nuts) – panggang (toast) keperangan
1 cawan minyak zaitun atau lebih
1 kiub pati stok ayam (boleh juga ganti dengan 2 sudu liquid chicken stock) - optional
Sedikit parutan keju parmesan – optional
Pasta pilihan direbus mengikut packet instructions (saya suka pakai spaghetti, fettucini atau penne)

Cara-cara :
Buat sos dulu : Dengan menggunakan food processor atau blender, kisar daun ketumbar, kacang gajus, bawang putih dan kiub ayam (jika suka). Kemudian masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit hingga membentuk emulsi dan bersos. Tambah minyak zaitun jika nampak sos terlampau pekat.
Tuang ke dalam bekas yang boleh ditutup kedap udara kerana lebihan sos boleh disimpan dalam peti sejuk up to seminggu.
Untuk menghidang : Toskan pasta yang direbus tadi ke dalam mangkuk/pinggan hidang. Campurkan 2 sudu besar sos pesto -kalau suka lebih sos, tuangla banyak-banyak :-)
Gaulkan rata dengan pasta yang masih panas, kemudian taburkan parutan keju parmesan (jika suka). Siap untuk dihidang, makan panas-panas. Selamat mencuba!
NOTA 1 : Resipi Italian asal guna fresh basil dan pine nuts. Jika anda ada bahan-bahan tu boleh juga cuba pakai, cara buat sama saja
NOTA 2 : Sos memang kaler hijau, tapi rasanya sedap. Perfect untuk anda yang inginkan kelainan!

Butter Crab

Can also be made with prawns, creamy and delicious, just perfect with a bowl of fluffy white rice!


Bahan-bahan :
600 g ketam
Minyak untuk menggoreng
3 sudu besar susu segar / susu cair
3 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu besar bawang putih cincang
6 biji cili padi – dititik atau potong ikut suka
Sedikit daun kari
Secubit garam
Bahan Perap
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung beras
Secubit garam dan lada hitam


Cara-cara :
Cuci dan siapkan ketam ikut suka (saya beli yang dah siap bersih dan potong dua). Lap dan keringkan dengan kitchen/paper towel.
Bancuh bahan perap hingga sebati, kemudian masukkan ketam. Biar sekejap dalam 10-15 minit. Panaskan minyak dan goreng ketam hingga keperangan. Angkat dan toskan.
Masuk susu dan kuning telur dalam mangkuk dan kacau sebati.
Cairkan butter dalam kuali panas. Tuang campuran susu dan telur tadi perlahan-lahan dan kacau/goreng atas api kecil tanpa berhenti hingga membentuk bintil-bintil halus.
Masukkan ketam tadi, bawang putih, cili padi, daun kari dan secubit garam. Tumis atas api besar hingga rata panasnya.
Tutup api, angkat dan hidang panas-panas

Kerabu Sotong (Thai Squid Salad)

Delicious, delicious, delicious! Enuff said...


Bahan-bahan :

300 gm sotong – potong cincin
1 ulas bawang besar merah – dihiris nipis
5 urat kacang panjang – dipotong anggaran 1-2 cm
1 biji tomato – dipotong kecil
1 batang serai – dihiris halus
2 biji cili merah – dicincang kasar
5 biji cili api – diketuk dan cincang kasar
3 sudu besar sos ikan
1 ½ biji limau nipis
Segenggam daun ketumbar
Gula nira (Kelantan) atau gula Melaka atau gula merah yang telah dicairkan dengan air – secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara-cara :

Sotong direbus dahulu hingga masak. Ketepikan.
Bancuh gula, sos ikan dan garam terlebih dahulu. Kemudian masuk semua bahan lain termasuk sotong. Perah limau nipis. Gaul rata dan rasa supaya dapat balance masam, manis dan masin mengikut selera.
Kerabu ini enak dihidang sejuk.
NOTA : Semua sukatan adalah anggaran, boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Elok dimasinkan sedikit supaya sesuai rasanya bila dimakan dengan nasi putih. Secret ingredient untuk kerabu ini ialah gulanya, jangan pakai gula putih.

Easy Pasta Bake

A creative dish, you can omit and add any veggies you like coz the basic 1-2-3 remains the same : pasta-meat sauce-white sauce. Another hit on MR too. I've made this countless time already as my daughter and the whole family love it so much...


Bahan-bahan :
500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin cendawan butang - dihiris
1 biji lada benggala - didadu
1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
1 batang carrot – didadu
1 batang celery – didadu
1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan sos putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
Secubit lada hitam dan garam secukup rasa
Cara-cara :

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

Spaghetti Bolognese

This one is a classic, my fav recipe, originally from Good Housekeeping mag (can't remmeber which year), an authentic Italian Bolognese recipe. This is actually how the Italians cook Spaghetti Bolognese. Have also posted this on MR, quite a hit too...


Bahan-bahan :

500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang

NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.

NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara :

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!