Monday, April 21, 2008

Rendang Rusa Minang

I don't recall coming across any English written recipe on deer meat. Or is it called by another name? Anyways, this waas a successful attempt at rendang, it can be adapted to any type of meat.



Bahan-bahan ( 4 org )
300 gm daging rusa (atau daging pilihan)
1 biji kelapa (santan)
2 sudu besar kerisik
2 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - diracik halus
Sedikit minyak
Garam & gula secukup rasa


BAHAN KISAR
1 inci lengkuas
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
5 tangkai cili kering


Cara-cara
Potong daging mengikut urat selebar 2cm atau bentuk kiub. Bersihkan dan tos airnya.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan daging dan gaul sebati. Kemudian masukkan santan, serai dan daun kunyit. Kacau perlahan-lahan.
Bila hampir kering, masukkan kerisik. Tambah garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan daun limau purut. Masak lagi dalam 5 minit atau hingga daging empuk. Biar lama sikit atas api jika mahukan rendang yang agak kering.
NOTA : Kebetulan dapat daging rusa. Petua ibu, daging rusa enak dimasak menggunakan resepi berempah supaya hilang bau daun kayu (rusa makan daun). Rusa haiwan berlari i.e dagingnya padat, takde lemak lansung, tapi memang enak! Selamat mencuba! :-)

3 comments:

Matthew said...

venison in English

Rusa Ryan said...

assalamualaikum..saya jual/supply daging rusa tempatan (sejuk beku) dengan penghantaran terus ke rumah atau restoran. harga rm 38 sekilo untuk tempahan minima (1 kg pun kita hantar). beli banyak harga lagi kurang. tiada caj penghantaran di kawasan lembah klang, putrajaya dan cyberjaya. berminat boleh sms/call 017-3863573 - zaf dari seri kembangan.

http://www.rusaryan.blogspot.com

Rusa Ryan said...

assalamualaikum..saya jual/supply daging rusa tempatan (sejuk beku) dengan penghantaran terus ke rumah atau restoran. harga rm 38 sekilo untuk tempahan minima (1 kg pun kita hantar). beli banyak harga lagi kurang. untuk restoran boleh runding harga borong. tiada caj penghantaran di kawasan lembah klang, putrajaya dan cyberjaya. berminat boleh sms/call 017-3863573 - zaf dari seri kembangan.

http://www.rusaryan.blogspot.com