Sunday, April 20, 2008

Chocolate Orange Cheesecake

I loooove cheesecake! Seldom made 'em coz I ended up eating 90% of the cake coz hubby and kids are not really crazy about dessert or cake for that matter. From experience, cheesecake is so easy to make. A tad expensive, yes, but totally worth it. This one is from my entry in MR, enjoy!


Kek Keju Coklat Beroren (baked)



Bahan-bahan ( Saiz kek 22 cm )

KULIT
150g biskut digestive
90g mentega, dicairkan
INTI
120g coklat gelap - suhu bilik
125ml krim (whipping cream atau fresh cream)
500g keju krim (saya pakai 2 kotak Philadelphia creamcheese) – suhu bilik
180g gula halus (castor sugar)
2 sudu teh parutan kulit oren
Secubit garam
3 biji telur
1 sudu besar jus oren

Cara-cara :
Griskan acuan springform (loyang cheesecake) berukuran 22 cm dengan sedikit mentega. Panaskan oven pada 160 darjah Celcius.
Hancurkan biskut (gambar tu brand yg I gunakan) hingga menyerupai serbuk roti, kemudian masukkan butter cair, kacau rata (sy guna food processor, blitz 2-3 kali, masuk butter cair n blitz lagi sampai rata).
Tekan kulit biskut ke dalam loyang sampai padat (macam dalam gambar nih). Masukkan dalam peti sejuk sementara menyediakan inti.
Cairkan coklat samada menggunakan cara double boiler ( dalam mangkuk atas periuk berisi air mendidih dimasak guna api kecil) atau pakai microwave. Jika guna microwave, anggaran 1-2 minit, mesti jenguk selalu takut hangus. Keluarkan dan campur sedikit butter untuk bantu coklat tu cair.
Bila coklat dah cair, masukkan krim, kacau hingga sebati. Ketepikan hingga sejuk.
Pukul keju krim hingga lembut dan gebu. Masukkan gula, kulit oren dan garam, pukul sebati. Masukkan pula adunan coklat sikit demi sikit, akhir sekali masuk jus oren, pukul rata.
Tuang adunan inti ke dalam acuan yang berisi kulit kek yang dah disejukkan tadi. Bakar dalam oven selama 50-60 minit sehingga bahagian tengahnya agak keras tapi masih bergoyang (wobbly).
Tutup api oven, dan biarkan sejuk di dalamnya dengan pintu oven terbuka sedikit. Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk selama dua jam atau semalaman (for best results).

TIPS 1 : Resepi asal kata kena pakai ‘coklat gelap’. I hentam pakai cooking chocolate Vochelle je, bila siap I rasa terlebih manis, walaupun gula dah ikut sukatan. So, moral of the story, ‘coklat gelap’ tu bukan le cooking/baking chocolate yang biasa didapati di supermarket kita ni. Mesti jenis bittersweet yang ada at least 70% cocoa solids. If nak pakai jugak cooking chocolate biasa, saya sarankan kurangkan sukatan gula kepada 150-160 gram sahaja sebab cooking chocolate tu agak manis.

TIPS 2 : Hasil cubaan kali ni agak lembik (terlebih creamy) sebabnya I sayang nak buang whipping cream (sekotak 200ml, resepi cuma perlukan 125ml je), so I masuk semua hehe...again, moral of the story, kena ikut sukatan resepi betul-betul ya puan-puan…:-)

TIPS 3 : Kalau pakai loyang kecil, boleh cuba separuh sahaja sukatan bahan dalam resipi ini.

No comments: