Sunday, December 16, 2007

Chocolate Cupcakes with Buttercream Topping

As mentioned in an entry in my family blog, these gems were made on a holiday. Had a really fun time preparing it, the icing part is a perfect activity for your kids to get involved with. Original cupcake recipe by Betty Saw and the custard-ly topping is adapted fromNigella's recipe in her book Feast. Yummy!





Ingredients :

125 gram castor sugar

4 large eggs

225 ml sour cream

225g good quality chocolate

150g self raising flour (sifted)

Line muffin tin with papercups. Preheat oven at 200 degree Celcius. Beat sugar and eggs until white and thick. Melt chocolate using double boiler method and mix in the sour cream. Add the chocolate into the egg mixture. Add in the sifted flour, mix till well combined. Spoon mixture into the cups and bake for 20-25 minutes. When cupcakes are ready, let it cool on wire rack before icing it.

For Buttercream Topping :

250g icing sugar

8 teaspoons Bird's custard powder

150g soft unsalted butter

1/2 teaspoon of lemon zest

3 teaspoon boiling water

Process the icing sugar and custard powder to get rid of any lumps, and then add the butter, processing again to make the buttercream come together. Add the lemon zest. Feed the boiling water down the funnel with the motor running to make the topping easier to spread. Divide into 3 parts and mix with food colouring of choice. Spread or pipe on cooled cupcakes.






Monday, December 10, 2007

Eggplant Parmigiana

This was a dish I made when I wanted to use up leftover bolognese tomato sauce. Very tasty as I've always loved eggplant!





Bahan-bahan :

1-2 cawan sos Bolognese
2 biji terung bulat (eggplant)
Parutan keju Mozzarella
* Saya guna leftover sos bolognese seperti dalam resipi Spaghetti Bolognese saya. Boleh juga beli sos yang dah siap seperti Prego etc


Cara-caranya :
Potong terung bulat nipis-nipis dan goreng hingga keperangan dan naik bau.
Susun terung dalam bekas tahan panas (oven) dan kemudian ratakan satu lapisan sos tomato. Teruskan melapis hingga semua terung dan sos habis.
Akhir sekali, taburkan keju mozzarella dan bakar dalam oven 180 darjah Celcius hingga keju cair dan keperangan. Hidang panas-panas.

Chicken Pot Pie

Another experiment with a classic American pie. When making this my thoughts were always with the best Pot Pie I've ever tasted, the one offered in Kenny Rogers Restaurant way back in the '90s. Enjoyed it when I was in the Matriculation Center at Lembah Pantai...I wonder why they took it off the menu, coz it's so darn delicious! This attempt was not bad at all, but nothing compares to the one I ate at Kenny Rogers before...



Bahan-bahan :

500 gm daging ayam bahagian dada – dipotong kiub/dadu
1 cawan stok ayam (boleh guna kiub ayam hancurkan dalam air)
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
1 1/2 cawam susu segar
3 sudu besar butter
1 ulas bawang besar kuning - cincang
1 cawan celery - cincang
1/3 cawan tepung gandum serbaguna
2 cawan mixed vegetables (yang frozen tu, tapi defrost dulu)
1 sudu besar parsley cincang
1/2 sudu kecil herba thyme kering
Sekeping readymade shortcrust pastry untuk kulit pie (saiz Pyrex 9 inci) - ada jual di pasaraya
Sebiji telur - dipukul sedikit

Cara-caranya:

Campurkan daging ayam, stok ayam, garam dan lada hitam dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kecilkan api bila mendidih. Tutup dan renih hingga ayam masak (dalam 10-20 minit). Keluarkan dari periuk, masuk dalam mangkuk besar. Masukkan susu ke dalam campuran ayam dan stok tadi.
Dalam periuk yang sama, cairkan butter, masukkan bawang dan celery. Goreng selama 3 minit. Bila bawang dah layu, masukkan tepung gandum, kacau. Kemudian masukkan campuran stok ayam dan susu tadi sedikit demi sedikit. Renihkan, kacau sekali sekala hingga pekat dan mendidih.

Masukkan frozen veggies, parsley dan thyme, kacau. Bila dah naik bau, tutup api dan tuang ke dalam mangkuk pie Pyrex atau bekas tahan panas (loyang pun boleh).
Panaskan oven 200 darjah Celcius.
Canai shortcrust pastri atas permukaan yang ditabur sedikit tepung. Canai biar 1 inci lebih dari mangkuk pie. Tebuk lubang pada kulit pie guna garfu (cucuk je).
Letak pastri atas mangkuk pie. Tekan tepi-tepi mengikut bentuk keliling mangkuk pie. Potong lebihan pastri. Kumpul lebihan pastri tu, canai balik dan potong bentuk ikut suka dan susun atas kulit pie.
Sapukan telur atas kulit pie. Bakar dalam oven selama 30 minit atau sehingga kulit pie dah golden colour dan inti dah bubbling (menggelegak). Keluarkan dari oven, sejukkan 10 minit, bolehlah dihidang.

Bubur Pulut Hitam

I rarely cook bubur for the reason that darling hubby don't really favor any form of dessert. But being a dessert lover myself, I tried this simple but delicious traditional dessert dish just to see if I can make it taste as good as Mama's. Turned out pretty easy to make and very tasty too!



Bahan-bahan :

250 gram beras pulut hitam
1 1/2 keping gula nira (gula merah Kelantan)- boleh juga guna brown sugar atau gula Melaka
1/4 sudu garam
1 helai daun pandan - optional
Santan dari sebiji kelapa
1 liter air

Cara-caranya :

Cuci beras pulut hitam terlebih dahulu, pastikan tiada sekam di dalamnya.
Rebus dengan air selama 30-40 minit, hingga nampak pulut telah pecah-pecah.
Masukkan gula, garam dan daun pandan.
Apabila gula telah cair, masukkan santan. Kacau agar santan tidak pecah minyak hingga mendidih dan agak pekat. Tutup api dan hidangkan.

Sticky Caramel Chicken Wings

This one is a family favourite. Aisha would gobble this up within minutes and also great for picnics or party. Already submitted to MR, just wanna make sure that this one appears here for my future generation to enjoy..



Bahan-bahan :
12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu


Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).

*Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

Kerabu Daging Thai (Thai Beef Salad)

This one is a gem...it takes sometime to prepare, but the refreshing taste is simply worth it! Try it!



Bahan-bahan :
300 gram daging - dibakar atau BBQ hingga masak

Salad
1/4 cawan bawang besar merah - dihiris dan cerai-ceraikan
2 biji tomato - potong wedges
1/4 cawan timun- buang biji tengah dan didadu
4 biji cili api - dihiris

Sos
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan jus limau nipis
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar bawang putih cincang
3 sudu besar halia cincang
3 sudu besar daun ketumbar hiris (termasuk akar)
1/4 cawan daun bawang dihiris kecil-kecil (bahagian putihnya sahaja)
1/2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar minyak cili (chilli oil) - optional

Cara-caranya :
Daging bakar dihiris nipis-nipis melawan ira daging.
Bancuh semua bahan sos dalam mangkuk. Masukkan hirisan daging dan semua bahan salad.
Kacau rata dan simpan sekejap dalam peti sejuk sehingga tiba masa untuk dihidang.

Kari Hijau Udang Thai (Thai Green Curry Shrimp)

Another successful Thai dish. Very pleasing to the palate, perfect for gulai loving hubby....great combined with Ayam Bakar and any type of Thai salad or kerabu. Here goes the recipe :




Bahan-bahan :

300 gram udang sedang - buang kulit dan belah belakang
1 cawan stok ayam - boleh hancurkan 1/2 kiub stok ayam dalam air
Santan dari sebiji kelapa
Sebiji lada merah - dikelar memanjang tanpa putus

Dikisar halus :
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
50 gram batang daun ketumbar
2 sudu besar Green Curry Paste
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit air


Cara-caranya :

Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan Green Curry Paste, kacau lagi hingga naik baru dan agak garing.
Masukkan santan dan stok ayam. Kacau sebati kemudian renihkan sehingga agak pekat sambil dikacau sekali-sekala. Masukkan lada merah.
Masukkan udang, kacau lagi dan apabila udang masak, tutup api.


*Jangan dibiar terlalu lama, nanti udang keras

Sunday, December 9, 2007

Ayam Bakar Thai Style

What I like about roasting chicken is you can be as creative as you want with the marinade...there's no rule to it as long as the combination you choose complement each other. This one is made in my Thai food adventure day...yummy!




Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang lada merah
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos ikan

Cara-caranya :

Tumbuk bawang putih, halia dan bawang merah kasar-kasar.
Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar. Lumurkan semuanya pada ayam hingga rata. Perap sekurang-kurangnya selama 1 jam.
Panaskan oven ke 200 darjah Celcius, bakar ayam hingga masak (lebih kurang 30 minit).

Saturday, December 8, 2007

Mee Hoon Goreng Putih

I wanted to cook a similar dish to Mee Hoon Goreng Singapura (Singapore Fried Rice Vermicelli), but found out there's no fresh prawns in the fridge, had to use beef. Tapi still sedap..eaten with my own concostion of condiment...Sambal Kicap Limau (resepi menyusul). Nice and simple breakfast dish...had to rush coz promised Aisha a trip to the cinema to watch Enchanted!

Mee Hoon Goreng Putih



Bahan-bahan :

1/2 peket Mee Hoon (Dried Rice Vermicelli)
100 gram daging lembu, dihiris nipis dan kecil-kecil
2 sudu besar udang kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk lada hitam (fresh)
100 gram kobis atau sawi yang telah dihiris kecil-kecil
2 batang daun bawang, dihiris
Garam secukup rasa

Cara-caranya :

Celur mee hoon dalam air panas hingga lembut.
Tumbuk udang kering, bawang merah dan bawang putih hingga lembut.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Bila nampak dah agak garing, masukkan daging dan kacau lagi.
Bila nampak daging dah agak masak, masukkan sayur kobis atau sawi. Kacau selama 2 minit. Kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan meehon dan kacau rata. Kemudian masukkan daun bawang, kacau sekejap, bila nampak agak layu, tutup api.
Hidang dengan Sambal Kicap Limau.

Sambal Kicap Limau



Bahan-bahan :

4 cawan kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar cuka
1 biji limau nipis
3 biji cili api - dicincang
1 biji cili merah - dicincang
1 biji bawang merah - dicincang

Cara-caranya :

Campurkan kesemua bahan-bahan dan hidang bersama Mee Hoon Goreng Putih.

My Very Own Kitchen Diary...

Hello all! This will be the place where my kitchen adventures rest in loving peace...I believe that sharing is indeed caring, and hopefully this will be where my darlings and friends would hangout for inspirations related to the culinary adventure...I am still learning..and will ever be...have fun!!