This one is a gem...it takes sometime to prepare, but the refreshing taste is simply worth it! Try it!
Bahan-bahan :
300 gram daging - dibakar atau BBQ hingga masak
Salad
1/4 cawan bawang besar merah - dihiris dan cerai-ceraikan
2 biji tomato - potong wedges
1/4 cawan timun- buang biji tengah dan didadu
4 biji cili api - dihiris
Sos
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan jus limau nipis
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar bawang putih cincang
3 sudu besar halia cincang
3 sudu besar daun ketumbar hiris (termasuk akar)
1/4 cawan daun bawang dihiris kecil-kecil (bahagian putihnya sahaja)
1/2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar minyak cili (chilli oil) - optional
Cara-caranya :
Daging bakar dihiris nipis-nipis melawan ira daging.
Bancuh semua bahan sos dalam mangkuk. Masukkan hirisan daging dan semua bahan salad.
Kacau rata dan simpan sekejap dalam peti sejuk sehingga tiba masa untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment